topbella

Sunday, February 6, 2011

....dAlam kErinDuan....


Dalam sepi kucipta bayangmu 
Kususun pesonamu lewat kesendirianku 
Mendekap kesunyian malam 
Membelai kehampaan 
Betapa berat kurasakan... 
Beban rasa dalam kerinduan 
Merintih pilu menyesak dalam pikiran 
Kutawarkan dengan bayangan 
Sambil merangkai sejuta harapan 
Saat nan indah dalam pelukan 
Irama malam menjadi hiburan 
Tarian nyamuk menjadi teman 
Binatang² malam kian asyik menari nari 
Tiada tahu rindunya hati kini 
Betapa ingin kudekap dirimu 
Karna sekarang yg bisa hanya bayangmu

Saturday, February 5, 2011

....beRinGatlah kAmu....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Friday, February 4, 2011

~~JanGan BerSedih~~



Jangan sesekali bersedih! Apakah dengan kesedihan anda ingin menghentikan putaran roda zaman, menahan matahari,menterbalikkan putaran jarum jam, berjalan ke belakang dan memterbalikkan siang ke pagi hari?

Jangan bersedih! Sebab kesedihan ibarat angin puyuh yang dapat merosak kesegaran udara, mengeruh air yang jernih, merubah wajah langit yang ceria dan merosak taman-taman yang indah.

Jangan sesekali bersedih! Sebab segala sesuatu yang kita sedihkan tidak ada ertinya. Ia bagaikan air sungai yang mengalir ke muara dan akan menetap di sana.

Segala sesuatu yang disedihkan ibarat udara yang telah dihembuskan dan tulisan yang diukurkan di atas air. Semuanya tidak akan pernah kembali.

Jangan sesekali bersedih! Sebab kehidupan anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan yang anda rasakan dan ketenangan yang anda nikmati. Jangan gunakan sedikit pun waktu anda untuk kesedihan, jangan biarkan malam anda diusik rasa gundah, jangan membiarkan waktu anda dirobek kegelisahan dan jangan anda mensia-siakan hidup anda. Sebab Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan hidupnya.

Jangan sesekali bersedih! Sebab harta yang anda miliki, istana yang anda bina, taman indah hijau yang anda pelihara hanya akan menambah rasa sedih, gundah dan gelisah anda.

Jangan sesekali bersedih! Sebab ubat tidak akan dapat membantu anda untuk menghilangkan kesedihan anda. Hanya hati anda yang dapat menenangkan segala gelora perasaan dan kelapangan jiwa anda yang dapat menghilangkan terpaan kesedihan.

Jangan sesekali bersedih! Sebab anda memiliki kekuatan doa. Allah tidak menyukai orang yang selalu bersedih. Perbaikilah kedudukan anda di pintu rahmat-Nya. Anda memiliki sepertiga malam untuk berdoa kepada-Nya dan anda memiliki waktu yang begitu dekat dengan-Nya iaitu ketika anda sujud.
Jangan sesekali bersedih! Allah SWT telah menciptakan bumi dan semua yang ada di dalamnya untuk anda. Dia telah menumbuhkan tanaman yang indah untuk anda, taman-taman yang penuh dengan ragam bunga yang meronai, pohon kurma yang indah ditampuknya dan bintang-bintang yang berkilauan.

Jangan bersedih! Sebab anda meminum air yang segar, menghirup udara yang bersih, berjalan dengan kaki yang sihat dan kuat serta tidur di malam hari dengan nyenyak.

Jangan bersedih! Sebab sakit yang dideritai pasti akan hilang, tubuh yang cedera akan sembuh, segala dosa akan diampuni, segala hutang akan terbayar, semua yang tertawan akan dilepaskan, semua yang hilang akan diganti, semua yang bermaksiat akan bertaubat dan semua yang miskin akan kaya.

Jangan bersedih! Pernahkah anda memerhatikan awan hitam bagaimana ia menghilang, malam yang gelap berubah menjadi terang benderang, angin puyuh boleh menjadi tenang dan badai boleh menjadi teduh. Oleh itu, segala kesusahan akan berganti dengan kelapangan dan jiwa yang merindu akan tenang.

Jangan bersedih! Sinaran cahaya matahari akan menghilangkan kegelapan, tenggorok yang kering akan hilang hausnya dengan air yang segar, rasa lapar yang memberontak akan tenang dengan suapan nasi, tubuh yang letih akan kembali segar dengan tidur yang nyenyak dan rintihan sakit akan hilang dengan kesembuhan. Semuanya akan berakhir. Tugas kita hanya bersabar dan bersabar, menunggu sebentar dan segalanya akan berubah.

Wahai Yang Maha Esa, Wahai Tempat Meminta, Wahai Yang Maha Mulia, Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hamba memohon kepada-Mu agar segala kegundahan, kegelisahan dan kesedihan akan hilang. Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan, permasalahan hidup, kehinaan dan kemiskinan. Maha suci Engkau ya Allah, aku bersaksi tidak ada Tuhan selain-Mu dan aku mohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


Thursday, February 3, 2011

....aPakaH iTu cInta ManusIa....

....ciNta x mEngEnaL umur....

....ciNta sEbaGai sEoranG SahaBat bErbeZa....

  • Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika

  • Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

  • Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali

  • Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta

  • Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang

  • Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki

  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya

  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

  • Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya

  • Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda

  • Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan


  • my name is nurul afiqah....sy seowg yg chumil....haha...