topbella

Sunday, January 16, 2011

inf0 keSihaTan...

Tidurlah Jika Ingin Kurus
Berdasarkan satu penyelidikan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, didapati individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur. Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, Fred Turek, diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan. Oleh itu, mulai dari sekarang. Cubalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Usah lagi berjaga sehingga larut malam. Cuba selesaikan tugas anda seawal mungkin, berbanding hari-hari sebelumnya. Jika saranan ini dapat dilakukan dengan teratur, berserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anda boleh menurunkan 10 kg atau lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Ubahlah tabiat tidur anda sekarang. 




Komputer Dan Masalah Kesihatan
Sekiranya anda menggunakan komputer secara teratur lebih dari dua jam per hari, jika anda seorang yang berlebihan berat badan, diabetes atau radang sendi, mempunyai postur tulang belakang yang kurang baik, duduk untuk waktu yang lama dan merokok. Anda berisiko tinggi mengalami RSI (Repetitive Strain Injury). Gejala RSI tidak ketara di mana 80 peratus orang mengalaminya, mereka juga tidak tahu apa yang mereka lakukan. Untuk mengetahui anda mengalaminya, terdapat gejala umum seperti keletihan, lemah, daya tahan yang menurun, kurang tumpuan, tangan sejuk dan tidak melakukan aktiviti fizikal. Meletakkan kerusi, meja, papan kekunci, tetikus dan layar komputer dengan betul boleh membantu anda membuat perubahan dalam mencegah RSI. 








Usah Lupa Durasi Latihan Anda
Ramai orang lupa memikirkan tentang tempoh masa (durasi) untuk bersenam. Secara umum, 20 minit adalah tempoh masa yang minimum untuk membakar lemak dan meningkatkan enzim pembakaran lemak di dalam otot anda. Memang benar bahawa semakin lama anda bersenam, semakin banyak lemak yang mampu anda bakar. Senaman yang menggunakan banyak otot memerlukan masa yang lebih sedikit untuk membakar jumlah lemak yang sama berbanding
apabila anda menggunakan otot yang sedikit. Usah risau tentang jarak anda ketika bersenam. Yang lebih penting ialah masa.

0 comments:

Post a Comment

my name is nurul afiqah....sy seowg yg chumil....haha...